اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ ‍ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى اِلى صِرَاطِك َالْمُسْتَقِيْم وَعَلى الِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ

"Ya Allah, Limpahilah Rahmat ke atas Junjungan Muhammad, yang membukakan apa yang tertutup, yang menamatkan apa yang terdahulu, yang membela kebenaran dengan kebenaran, yang memberi petunjuk kepada jalan-Mu yang lurus. Dan ke atas keluarganya bersesuaian dengan pangkat dan kedudukannya yang tinggi."

TERAPI HAILALAH

TERAPI HAILALAH adalah metodologi terapi berkonsepkan Sufistik yang menerapkan teknologi zikrullah sebagai media penyelesaian masalah serta penyembuhan bagi segala penyakit Jasmani, Rohani, Mental dan Emosi. Ia dilakukan secara berjemaah / beramai-ramai (massal) dengan menghimpunkan mereka yang mengalami masalah atau penyakit untuk sama-sama memperolehi keberkatan dan limpahan Energi Penyembuhan (Nur Syifa').

Mereka yang hadir dengan tujuan untuk mendapatkan kesembuhan dan penyelesaian atas segala penyakit dan permasalahan hidup mereka. Malah sekaligus memperolehi nilai ukhrawi dengan kedekatan Ilahi melalui zikrullah.

Sensasi Energi Zikrullah akan langsung dapat dirasakan oleh hadirin terutama bagi mereka yang mengalami masalah gangguan makhluk halus seperti sihir, saka dan sebagainya. Sepanjang proses berkenaan berlangsung, seringkali mereka yang mempunyai masalah gangguan makhluk halus khususnya akan mengalami hal-hal seperti berikut :
  1. Mengalami perubahan emosi seperti rasa takut, tiba-tiba rasa marah dan sebagainya.
  2. Rasa mual, pening-pening, mahu muntah, merinding, kebas dan sebagainya.
  3. Sakit seluruh tubuh atau sebahagian anggota tertentu.
  4. Pelbagai impak berbeza tergantung kepada masalah & penyakit yang dihidapi.
Bagi peserta yang mengalami masalah atau penyakit, mereka terlebih dahulu perlu membuat pendaftaran awal kepada urusetia yang bertugas dengan memberikan nama dan masalah / penyakit yang dihidapinya. Dengan demikian, mereka akan diberikan taklimat terperinci berhubung kaedah Terapi Hailalah dan cara bagaimana untuk melakukannya serta memperolehi impak yang maksima sepanjang proses terapi itu berlangsung. Tidak kurang pentingnya pendaftaran itu dibuat agar namanya dapat direkod sekaligus dapat dimasukkan ke dalam senarai nama pesakit yang perlu di rawat dalam proses Terapi Hailalah berkenaan.

Setelah selesai rawatan itu berlangsung, pesakit perlu memberikan maklum balas sepanjang proses rawatan itu dilakukan untuk susulan dan rekod perkembangan terapi yang dibuat. Dengan demikian juga, mereka akan diberi penjelasan berhubung permasalahan atau penyakitnya yang dihidapinya serta khidmat nasihat atau amalan sebagai kesinambungan rawatan sewaktu di rumah nanti.
free counters

Assalamui'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Para tetamu yang dicintai Allah,

Blog ini dalam proses pembinaan...
Ia akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa secara bertahap.

Harap Maklum.
Terima Kasih, Wassalam.