اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ ‍ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى اِلى صِرَاطِك َالْمُسْتَقِيْم وَعَلى الِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ

"Ya Allah, Limpahilah Rahmat ke atas Junjungan Muhammad, yang membukakan apa yang tertutup, yang menamatkan apa yang terdahulu, yang membela kebenaran dengan kebenaran, yang memberi petunjuk kepada jalan-Mu yang lurus. Dan ke atas keluarganya bersesuaian dengan pangkat dan kedudukannya yang tinggi."

GURAH

GURAH merupakan kaedah rawatan yang berasaskan Terapi Fitrah. Gurah adalah cara membersih dan mengeluarkan kahak / lendir yang kotor, beracun dan pelbagai kuman pembawa penyakit.


Caranya dengan meneteskan ramuan alami khusus ke dalam rongga hidung. Khasiat ramuan tadi membuatkan semua saraf tubuh bereaksi menekan, menolak dan mengeluarkan lendiran yang mengandungi racun dan kotoran dari rokok, kafin, alkohol, hama dsb dari segala punca pemakanan, minuman dan persekitaran. Lendir dan kahak akan keluar melalui hidung dan mulut sehingga seluruh saluran pernafasan, pencernaan dan peredaran darah akan bersih dan lancar.


Proses ini tidak sakit dan hanya memakan waktu sekitar 15 - 30 minit sahaja.


MANFAAT

§ Membuat suara jadi kuat, keras, nyaring, lantang dan panjang. Sangat sesuai untuk ahli pidato, penceramah, pengacara (MC) dsb.


§ Menjadikan suara merdu, bersih, halus dan lembut. Sangat sesuai untuk penyanyi, artis, qari/ah dsb.


§ Membesarkan kandungan paru-paru dan membuat nafas lebih panjang. Sangat sesuai untuk mereka yang menekuni olah nafas seperti Yoga, Tafakur / meditasi, Atlit, Seni Bela Diri dsb.


§ Fikiran jadi jernih, cerdas, mudah dalam hafazan, menguatkan daya ingatan serta meningkatkan daya kreativiti. Sangat sesuai untuk pelajar sekolah rendah, menengah, pondok dan IPT.


§ Penyembuhan pelbagai penyakit seperti TB, Lelah, Resdung, Sesak Nafas, Mudah Penat / Mengah, Keletihan / Kelesuan, Penyakit Paru-paru, Sakit / Pening Kepala, Migrain, Selesema, Berkahak, Sakit Kerongkong, Gangguan Tidur (insomnia), Berdengkur, Nafas Berbau, Buasir, Alahan (Alergik) - debu / makanan dsb, Kedinginan, Gangguan Saluran Pencernaan, Gangguan Perut dsb.


§ Membantu menangani masalah ketidakseimbagan emosi seperti sensitif, tertekan (stress), banas baran / pemarah, pelupa dsb.


BIAYA KONSULTANSI,

BAHAN / ALATAN & TERAPI

free counters

Assalamui'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Para tetamu yang dicintai Allah,

Blog ini dalam proses pembinaan...
Ia akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa secara bertahap.

Harap Maklum.
Terima Kasih, Wassalam.