BEKAM SUNNAH
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu berada pada tiga (3) hal, iaitu minum madu, berbekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku melakukan sundutan api.” (HR. Bukhari)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya kaedah pengubatan yang paling baik bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR. Bukhari & Muslim)
Hakikatnya terdapat banyak sekali dalil yang menunjang terhadap keutamaan bekam sebagaimana berikut:
Pada malam aku di Isra'kan ; aku telah melalui sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata “Wahai Muhammad; suruhlah umatmu melakukan hijamah”.(HR. Ibnu Majah & Tirmizi)
Aku diberitahu Jibril 'alaihissalam bahawa hijamah adalah cara pengubatan paling bermanfaat untuk manusia.(Shahihul – Jami 218)
Dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu dari Al- Muqanan: ‘Aku tidak akan meninggalkan tempat ini sebelum diubati dengan hijamah kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda “ Sesungguhnya di dalamnya ada penyembuhan” (HR. Muslim & Ahmad)
Dari Anas Radhiyallahu 'anhu: Sesungguhnya cara pengubatan kalian yang paling baik ialah hijamah dan menggunakan al-qusthulbahri (Sejenis tanaman perlu yang boleh digunakan untuk ubat. Juga dikenali dengan nama Al-Udul –hindi)
Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah hijamah (Ahmad; Asy –Syaikany)
Pengubatan yang paling baik yang kamu lakukan adalah hijamah (HR. Bukhari, Muslim)
SEJARAH BANGSA – BANGSA YANG MENGAMALKAN HIJAMAH
Hijamah / bekam / cupping / kop / chantuk dan banyak istilah lainnya sudah dikenal sejak zaman dulu, iaitu kerajaan Sumeria, kemudian terus berkembang sampai Babylon, Mesir, Saba dan Parsi. Pada zaman
Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam, baginda menggunakan kaca berupa cawan atau mangkuk tinggi. Pada zaman China kuno mereka menyebut hijamah sebagai “perawatan tanduk” kerana tanduk menggantikan kaca. Pada kurun abad ke-18 (abad ke-13 Hijriyah), orang-orang di Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk hijamah. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke Negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila disangkutkan pada tubuh manusia, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, ia tidak berupaya lagi untuk bergerak dan terus jatuh lantas mengakhiri upacara hijamahnya.
Kini pengubatan ini dimodifikasi dengan sempurna dan mudah pemakaiannya sesuai dengan kaedah-kaedah ilmiah dengan menggunakan suatu alat yang praktis dan efektif.
BEBERAPA ISTILAH HIJAMAH
Nama lainnya adalah bekam, canduk, canthuk, kop, mambakan. Di Eropah dikenali dengan istilah "Cupping Therapeutic Method". Dalam bahasa Mandarin disebut Pa Hou Kuan.
Kata "Hijamah" berasal dari bahasa Arab, dari kata Al Hijmu yang bererti pekerjaan membekam. Al Hajjam bererti ahli bekam. Al Hijmu bererti menghisap atau menyedut. Al Hajjam sama dengan Al Mashshah, iaitu tukang menghisap atau tukang menyedut. Sedangkan Al Mihjam atau Al Mihjamah merupakan alat untuk bekam yang berupa tabung gelas untuk menampung darah yang dikeluarkan dari kulit.
Kata al hijmu bererti pekerjaan al hajjam, tukang bekam. Al Hijmu bererti menghisap atau menyedut. Al Hajjam sama dengan al mashshash, tukang menghisap, tukang bekam. Al Mihjam atau al mihjamah merupakan gelas yang digunakan untuk menampung darah yang dikeluarkan dari kulit pesakit, atau gelas untuk menghimpun darah hijamah.
KLASIFIKASI HIJAMAH
1. Bekam kering atau bekam angin (Hijamah Jaaffah), iaitu menghisap permukaan kulit dan mengurut
tempat sekitarnya tanpa mengeluarkan darah kotor. Ianya baik bagi orang yang tidak tahan suntikan jarum dan takut melihat darah.
Bekam kering ini berkhasiat untuk melegakan sakit secara darurat atau digunakan untuk meringankan kenyerian urat-urat belakang kerana sakit rheumatik, juga penyakit-penyakit penyebab kenyerian belakang. Bekam kering bermanfaat juga untuk terapi penyakit paru-paru, radang buah pinggang, pembengkakkan liver / radang selaput jantung, radang urat saraf, radang sumsum tulang belakang, nyeri belakang, masuk angin, buasir, dan lain-lain.
Terdapat dua teknik bekam kering yang dapat dipraktikalkan untuk tempat tertentu iaitu bekam luncur dan bekam tarik.
2. Bekam luncur, caranya dengan mengkopkan pada bahagian tubuh tertentu dan meluncurkan ke arah
bahagian tubuh yang lain. Teknik bekam ini biasa digunakan untuk pemanasan pesakit, berfungsi untuk melancarkan peredaran darah, pelemasan otot, dan menyihatkan kulit. Kepingan tanduk boleh juga digunakan untuk peluncuran.
3. Bekam tarik, dilakukan seperti ditarik-tarik. Dibekam hanya beberapa saat kemudian ditarik dan ditempelkan / dilekapkan lagi hingga kulit yang dibekam menjadi merah.
4. Bekam basah (Hijamah Rothbah), iaitu pertama kita melakukan bekam kering, kemudian kita melukai permukaan kulit dengan jarum tajam (lancet) atau sayatan pisau steril (surgical blade), lalu di sekitarnya dihisap dengan alat cupping set dan hand pump untuk
mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh. Lamanya setiap hisapan 3 sampai 5 minit, dan maksimum 9 minit, lalu dibuang darah kotornya. Penghisapan minima adalah 3 kali dan tidak lebih dari 7 kali hisapan. Darah kotor berupa darah merah pekat dan berbuih.
Bekam basah berkhasiat untuk berbagai penyakit, terutama penyakit yang terkait dengan terganggunya sistem peredaran darah di tubuh. Kalau bekam kering dapat menyembuhkan penyakit-penyakit ringan, maka bekam basah dapat menyembuhkan penyakit-penyakti yang lebih berat, akut, kronik ataupun yang degeneratif, seperti darah tinggi, kanser, asam urat, diabetes mellitus (kencing manis), kolesterol, dan osteoporosis.
MENGAPA HARUS BERHIJAMAH
Teknik pengubatan Bekam Sunnah adalah suatu proses membuang darah kotor (toksid / racun) yang berbahaya dari dalam tubuh melalui bawah permukaan kulit. Toksid / toksin adalah mendapan racun/zat kimia yang tidak mampu diurai oleh tubuh. Darah kotor adalah darah yang mengandung toksid / racun, atau darah statis yang menyumbat peredaran darah sehingga sistem peredaran darah tidak dapat berjalan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan, baik fizikal mahupun mental. Akibatnya akan terasa lesu, murung, resah, linu, pusing, dan senantiasa merasa kurang sihat, cepat bosan, dan mudah naik pitam. Ditambah lagi dengan angin yang sukra dikeluarkan dari dalam tubuh, akibatnya tubuh akan mudah kena penyakit mulai dari yang akut seperti influenza hingga penyakit degeneratif seperti stroke, darah tinggi, kanser, kencing manis hingga gangguan kejiwaan.
BEBERAPA KEISTIMEWAAN DARAH BEKAM DARI PERSPEKTIF SAINS PERUBATAN
1. Darah mengalami oksida udara 
2. Plasma - Terpisah dari darah dengan sendirinya
- Bahagian cair darah
3. Hanya plasma yang keluar dari tempat hijamah.
4. Jika kita letakkan 2
gelas yang berhampiran satu sama lain untu
k menghisap darah :
· Gelas pertama mengeluarkan darah cara biasa. Darah yang dihisap ini akan mengandungi darah merah
· Gelas kedua mengeluarkan darah melalui hijamah. darah yang dihisap ini akan mengandungi plasma tanpa darah merah .
5. Penyembuhan terjadi walaupun darah tidak keluar ke dalam gelas .
6. Darah hijamah mengandungi hanya 1/10 kadar sel darah putih dalam darah semulajadi . Ini mununjukkan hijamah dapat menjaga unsure organ immunity dan bekerja untuk menguatkannya .
7. Dapat menghilangkan sel-sel darah merah yang kotor dan tidak diingi ni berada di dalam tubuh dan meningkatkan aktiviti tulang belakang.
8. Hijamah mampu mengekalkan zat besi dalam tubuh tanpa keluar bersama darah yang dikeluarkan dengan menyedut sek darah dan darah kotor ; yang membuat setiap organ semakin baik menjalankan tugas-tugasnya.
9. Menghilangkan kekejangan otot.
10. Mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.
11. Mengatasi keracunan.
12. Tekanan darah tinggi turun hingga batas-batas normal dan begitu juga dengan tekanan darah rendah naik hingga batas-batas normal.
13. Jumlah sel darah putih (leukosit) meningkat dalam 60% dan masih dalam batas-batas normal.
14. Kadar gula turun pada pengidap kencing manis dalam 92.5% kes.
15. Jumlah asid dalam darah turun dalam 83.68% kes.
Apakah BEKAM SUNNAH?
Merupakan satu kaedah kesihatan yang dirumus bagi tujuan mengeluarkan darah berdasarkan konsep Thib Nabawi. Dengan demikian kotoran atau toksin dalam darah dapat dibuang tanpa perlu dikeluarkan dari jumlah yang sepatutnya.
Kaedah ini adalah selamat dan hampir tiada kesakitan serta tidak berbahaya. Kaedah ini amat berkesan untuk menghapuskan kesakitan, mengembalikan fungsi fizikal dan menyembuhkan penyakit.
Dalam istilah medikal dikenali dengan istilah 'Oxidant Release Therapy’ atau 'Oxidant Drainange Therapy’ atau istilah yang lebih popular iaitu 'Detoksifikasi’. Cara ini lebih berkesan jika dibandingkan dengan pemberian ubatan kimia.
Kaedah ini disandarkan sebagai Bekam Sunnah dengan aplikasi pendekatan yang lebih mengkuti piawaian bekam sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam. Lantaran banyak versi bekam yang mengikat tatacara tradisi Melayu, Cina dan sebagainya, pendekatan ini lebih mengutamakan kepercayaan terhadap kaedah yang diwarisi oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam.
PERISTIWA – PERISTIWA BEKAM RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM
Setelah termakan daging beracun yang diberi oleh perempuan Yahudi Dari Anas bin Malik Shallallahu 'alaihi wasallam : Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam pernah berubat dengan hijamah saat beliau berada di Milal dalam keadaan ihram kerana sakit di telapak kaki bahagian atas. (HR. Abu Daud)
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu : Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam berhijamah berubat dengan berhijamah kerana sakit kepala. (HR. Bukhari 5700)
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu : Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam pernah berubat dengan berhijamah dan baginda memberi upah pada Penghijamah.
Dari Abdullah bin Buhainah Radhiyallahu 'anhu: bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam berubat dengan berhijamah saat berada di Liha Jamal ; saat pergi ke Mekah dan saat itu beliau sedang berihram kerana sakit kepala. (HR. Bukhari 1836)
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam pernah berubat dengan berhijamah untuk mengubati dua urat leher dan dua telapak tangan baginda. (HR. Ibnu Hibban)
Dari Jabir Radhiyallahu 'anhu : Rasulullah pernah berubat dengan berhijamah dibahagian pangkal paha kerana rasa dingin yang menyerang dibahagian itu. (Abu Daud)
Dari Ibnu Abbas dan Ikramah; Sabda Rasulullah; Puasa bergantung pada apa yang masuk dan bukan apa yang keluar. (Al- Bukhari 1835)
Dari Ibnu Umar: Rasulullah pernah berhijamah semasa baginda berpuasa.
Bahagian–bahagian badan yang dihijamah oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.
· '
· Al-Katifain (Pundak atau bahu bahagian atas)
· Al-Kaahil (Tengah belakang leher)
· Al-Akhda'iin (Dua otot leher)
· 'Ala Warik (Atas pinggul)
· 'Ala Zohri Qodam (Kaki sebelah atas betis)
· Beberapa bahagian badan lain
ALAT BERBEKAM
Pada zaman Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, baginda menggunakan kaca yang berupa cawan atau mangkuk tinggi, pada masa China kuno mereka membahasakan perawatan bekam sebagai ‘Perawatan Tanduk’ karena tanduk menggantikan kaca.


Pada abad ke-18 orang, orang Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam. Selanjutnya zaman terus berganti dan sekarang peralatan yang digunakan merupakan alat yang lebih berkualiti, bersih dan tidak terlalu menyakiti pesakit, antaranya :
- Lancet / Jarum-jarum kecil
- Cupping Set dan Pump hand
- Steril cotton / Kapas
- Tisu kertas yang bersih
- Antiseptic (Alkohol dan But-But)
- Sarung tangan (Rubber Gloves)
- Peralatan lain yang diperlukan
PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN MELALUI BEKAM SUNNAH
1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka
INDIVIDU YANG TIDAK BOLEH MELAKUKAN BEKAM
Bekam tidak dianjurkan terhadap:
a) Penderita diabetes yang parah.
b) Pesakit yang fiziknya sangat lemah. Seperti orang tua, jika mereka tidak sangat memerlukannya, kerana lemahnya fizikal mereka
c) Penderita infeksi kulit yang merata seperti kudis dsb.
d) Penderita HIV atau AIDS.
e) Pada setiap lubang : hidung, telinga, pusar, dubur dll.
f) Penderita penyakit kanser darah (leukimia)
g) Penderita yang sering mengalami keguguran kandungan
h) Penderita penyakit gila dan ketidakstabilan emosi
i) Wanita yang sedang hamil atau baru melahirkan.
j) Terhadap orang yang baru memberikan derma darah kecuali setelah berlalu beberapa hari, tergantung keadaan kesihatannya.
k) Tidak dianjurkan melakukan bekam dalam keadaan sangat kenyang atau sangat lapar
WAKTU–WAKTU TERBAIK BEKAM
Mengikut nasihat Pengamal-Pengamal
· Tahunan
· Bulanan
· Musim
· Harian
Ibnul Qayyim
Elakkan berhijamah pada
§ Awal bulan Qamariah kerana cecair dalam tubuh berkurangan dan kurang aktif bergerak dan tidak normal
§ Terbaik pertengahan bulan kerana cecair di dalam tubuh bergolak dan mencapai kemuncak penambahannya hasil dari bertambahnya cahaya dari bulan
Al-Qanun
- Waktu hijamah ialah siang hari antara pukul 2-3 petang.
- Lebih baik merendam dalam air diikuti dengan berjemur sebelum hijamah
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
- Dari Abdullah b. Mas’ud Radhiyallahu 'anhu: Waktu yang paling baik kamu melakukan hijamah ialah pada tanggal 17 ; 19 dan 21 ( Bulan Qamariah) (Ath- Thibb An –Nabawy 54;55;59)
- Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu : Barang siapa melakukan pengubatan pada tanggal 17 ; 19 dan 21 maka akan terjadi penyembuhan dari segala penyakit. (HR. Tirmizi)
- Dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhu : Hijamah sebelum makan pagi adalah paling baik . Hijamah itu dapat menambah kecedasan akal ; menambah kekuatan hafalan ; menambah hafalan orang yang menghafal . Sesiapa yang hendak melakukan pengubatan dengan hijamah pada hari Jumaat ; Sabtu dan Ahad . Lakukan hijamah pada hari Isnin dan Selasa . Hindari Hijamah pada hari Rabu kerana itu merupakan hari Ayub ditimpa bala . Penyakit lepra dan kusta tidak muncul melainkan pada hari Rabu atau malam Rabu. (HR. Ibnu Majah)
UPAH BEKAM
Dari Annas bin Malik Radhiyallahu 'anhu katanya : “Abu Thaibah membekam Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, maka beliau suruh berikan kepadanya segantang kurma”.
Diriwayatkan oleh Anas Radhiyallahu 'anhu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah berubat dengan hijamah dan baginda tidak pernah menzalimi seorang pun sehubungan dengan upahnya. (HR. Bukhari 2278, Muslim 1202)
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam pernah berubat dengan hijamah dan baginda memberikan upah kepada Penghijamah. Sekiranya baginda mengetahui kemakruhannya, tentu baginda tidak akan memberikannya. (HR. Bukhari 2276, Muslim 1202)
Jadikanlah rawatan bekam sebagai sarana IBADAH baik untuk yang membekam maupun yang berbekam.
BIAYA KONSULTANSI,



