اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ ‍ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى اِلى صِرَاطِك َالْمُسْتَقِيْم وَعَلى الِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ

"Ya Allah, Limpahilah Rahmat ke atas Junjungan Muhammad, yang membukakan apa yang tertutup, yang menamatkan apa yang terdahulu, yang membela kebenaran dengan kebenaran, yang memberi petunjuk kepada jalan-Mu yang lurus. Dan ke atas keluarganya bersesuaian dengan pangkat dan kedudukannya yang tinggi."

SEKILAS PANDANG

DARUL FATIH membawa maksud Pusat Pembukaan bagi Limpahan Rahmat Ilahi bertepatan dengan objektif & fungsi penubuhannya. Perkataan al-Fatih secara khusus diambil bersempena nama SELAWAT AL-FATIH sebagai menyingkapi barokah cahaya kenabian dan rahsia ketuhanan yang terdapat di dalamnya.


Darul Fatih dibina di bawah Pelan Mu'amalah, Raudhah 'Ubudiyah. Ia menempati peranan sebagai pusat bantuan dan kebajikan kepada seluruh umat manusia dalam menangani pelbagai masalah sejagat. Secara garis kasar, fungsinya dapat diklasifikasikan kepada :


  • PUSAT KHIDMAT NASIHAT & KAUNSELING

Atas keprihatinan terhadap permasalahan ummah, Pusat Khidmat Nasihat & Kaunseling diwujudkan untuk membantu pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira batasan agama, bangsa & negara dalam memberikan pandangan nasihat terhadap penanganan pelbagai konflik peribadi & umum yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan. Pusat ini akan memanfaatkan teknik multimedia termasuk melalui khidmat kaunseling dan motivasi secara bersemuka, telefon, SMS, e-mel, surat, media cetak, media elektronik, ceramah dan sebagainya.


Terdapat teknik khusus yang diterapkan dalam menangani kes-kes yang memerlukan lebih dari sekadar khidmat nasihat & kaunseling iaitu melalui kaedah Energy Psychology seperti Emotional Freedom Technique (EFT), Q-Reiki dan juga metodologi mind power seperti Hypnotherapy, Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan sebagainya.


Pusat ini diwujudkan atas dasar sokongan & kerjasama pelbagai pihak dari badan-badan kerajaan & bukan kerajaan dalam menjayakan visi yang diperjuangkan bersama.


  • PUSAT RAWATAN ALTERNATIF

Ia dibangunkan dengan konsep dan model Thibb Nabawi iaitu pengamalan kaedah rawatan mengikut Sunnatullah (alami) dan Sunnaturrasul shallahu 'alaihi wasallam. Kombinasi dari penemuan dan penyelidikan versi tradisional – moden akan disepadukan secara saintifik berlandaskan prinsip al-Quran & as-Sunnah. Metode rawatan dapat diklasifikasikan kepada enam (6) bentuk:


  1. Complementary Healing

Penerapan kaedah rawatan komplementari merangkumi teknik akupunktur, Homeopathy dan sebagainya.


  1. Holistic Healing

Penerapan kaedah rawatan energetik seperti Q-Reiki, Bio-energy Healing, Shaktivat Nur Ilahi dan sebagainya.


  1. Fisiotherapy

Penerapan kaedah urutan seperti refleksologi, akupresur, kiropraktik dan sebagainya.


  1. Samawi Healing

Sebuah pendekatan yang dibedah dari sumber al-Quran dan as-Sunnah seperti teknik Ruqyah Syar'iyyah, Hijamah (Bekam), Hailalah Healing, Terapi Nur Ilahi, Tazkiyyatun Naf dan sebagainya.


  1. Traditional Therapy

Hydrotherapy atau rawatan yang menggunakan air seperti mandi bunga, mandi wap dan sebagainya antara kaedah yang diguna pakai dari pengkajian terhadap metodologi klasik yang telah dipermodenkan.


  1. Herbology

Unsur pemakanan kesihatan daripada ramuan herba yang diracik secara teliti hasil dari kajian sunnah serta tradisional.


Segala bentuk rawatan dilakukan berdasar rintihan masalah atau penyakit yang dihadapi oleh pengunjung. Ia akan disesuaikan dengan salah satu teknik rawatan berkenaan atau digabungkan dengan teknik khusus iaitu SPI-TECH HEALING.

free counters

Assalamui'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Para tetamu yang dicintai Allah,

Blog ini dalam proses pembinaan...
Ia akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa secara bertahap.

Harap Maklum.
Terima Kasih, Wassalam.